Ahlan Wasahlan =)

Followers

Translate

Monday, October 17, 2011

puisi ciptaan sendiri

Tajuk:ingatan buat dirimu.


sahabatku,yang amat di kasihi,
kau umpama bulan yang bernar,
yang memberi aku kekuatan,
ketika duka dan sengketa

terima kasih kerana kau setia,
menemani aku tidak mengira masa
kau selalu ada buat ku
memang kau adalah sahabat sejatiku

ketika aku kemurungan kau menceriakan
ketika ku menangis kau menngelapkan
ketika aku kesempitan
dirimu sudi hadir menghulurkan tangan

kini dimana dirimu
ku mencari dengan penuh kesah
seperti insan yang tidak menentu arahnya
kau kemana sahabat

kau pergi tanpa mengkhabari
membuat hati ini bercelaru
kerana rindu akan dirimu
yang penuh warna-warni

kau pergi kerana sakit
sakit yang tidak dapat di ubati lagi
mengapa kau tidak berkogsi
kesakitanmu denganku

apa gunanya aku sebagai sahabatmu
jika aku tidak dapat membantu
merengankan beban dan segala kesakitan
yang kau hadapi bersama

izinkan aku menemanimu
di sisa-sisa hidupmu
aku sentiasa berdoa akan mu
selalu kuat dan tidak mudah mengalah

berlalu sudah hari lalu
kini kau telah pergi selamanya
dan tidak akan pernah kembali
ku merindukan tawamu

walau kau tiada menemani aku disini
aku tetap merasa
yang dirimu sentiasa ada
bersamaku mengharungi
segala ini
dengan tabah dan penuh sabar.,

No comments: